Isi Dan Keterangan
Prinsip Syariah Inovasi
-Prinsip Syariah yang terdapat dalam
projek ini ialah wasatiah iaitu kesederhanaan. Hal ini kerana, projek kami
‘Smart Watering Plant’ tidak memerlukan kos yang banyak dan berlebihan dalam menciptanya.
Apabila kita merujuk kepada Al-Quran,
kita akan dapati Al-Quran menyifatkan umat islam sebagai umat yang sederhana
atau mempunyai konsep pertengahan dalam segala aspek kehidupan
mereka.
Ini dapat dilihat dalam Firman
Allah swt. Yang bermaksud: “demikianlah pula kami telah jadikan kamu umat yang
adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia…..” (Surah
al-Baqarah: 143)
-Bagi mizan pula iaitu kesetaraan,
projek kami ‘Smart Watering Plant’ tidak akan berlaku pembaziran air, masa dan
tenaga berbanding dengan menyiram sendiri. Dengan ini, ia dapat memudahkan
pengguna dan masyarakat yang sibuk bekerja.
Mizan merupakan kaedah manusia diukur
dari perbuatan baik dan mungkarnya. Dalam sebuah sistem kejuruteraan, prinsip
mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu
berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan yang
diperlukan untuk mengekalkan di dalam kedudukan tersebut.
Peranan Syariah Inovasi
ü
Memelihara Nyawa
-Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian
manusia yang menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan
tanggungjawab khalifah.
Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh
menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang
boleh merosakkan nyawa manusia. Islam mengharamkan bahan-bahan yang
boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang
boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.
Apa yang dapat dikaitkan dengan projek kami ‘Smart Watering Plant’, jika digunakan ia dapat menyuburkan bunga-bunga ,pokok-pokok dan tanaman yang berbuah. Hal ini dapat dilihat, dengan kesuburan tanaman, ia dapat menghasilkan oksigen dan sumber makanan yang sihat kepada manusia. Malah projek ini dapat memberikan kesihatan dan kekuatan kepada manusia dengan meringankan kudrat tenaga manusia. Dengan ini, terbukti projek ini dapat memelihara nyawa dengan adanya oksigen, sumber makanan dan dapat merawat penyakit.
ü
Memelihara
Harta
- Syariah islam dengan tegas
mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta sesorang
atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir, menspekulasi
pasaran model.
Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat
bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai
hak untuk terus mendapat keberkatannya. Selain itu,pencarian harta hendaklah
melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab
untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu.
Apa yang dapat
dikaitkan dengan projek ‘Smart Watering Plant’ ialah , kami bersepakat untuk mengumpul wang dengan
membeli bahan-bahan dan peralatan bagi mencipta projek kami. Kami mengumpul
wang secara adil dan tidak melakukan pembaziran dalam pembelian.
Dalam firman Al-Quran, surah Isra’ ayat
27 telah menceritakan tentang pembaziran. Allah SWT telah
menegaskan pembaziran dikaitkan dengan tabiat makhluk yang abadi dilaknati
iaitu syaitan. Maka ia sangat serius dan berkait langsung dengan kekufuran
kepada Allah SWT dan mengingatkan bahawa syaitan adalah musuh umat Islam yang
sebenarnya.
Pelaksanaan Syariah Inovasi
·
Utamakan
Yang Utama
-Islam
menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Mengelakkan
kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
-Mendahulukan
yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat. Mengutamakan kepentingan ramai
adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.
-Sebarang
kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada
memelihara peranan syariah. Selain itu, para saintis,teknorat serta jurutera
seharusnya meletakkan keutamaan memakmuran alam daripada mencari keuntungan dan
kemahsyuran.
-Pelaksanaan
sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal,
keturunan, maruah dan harta.
-Seterusnya, kaitan diantara projek kami ‘Smart Watering Plant’ ialah kami mengutamakan alat ini berfungsi dengan baik terlebih dahulu kemudian baru kami mencantikkan dan mereka bentuk projek. Selain itu, projek ini juga mengutamakan nyawa, ia dapat menghasilkan keperluan utama manusia dalam kehidupan seharian seperti sumber makanan.
·
Matlamat
tidak menghalalkan cara
-Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia
dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan
pengimarahan alam.
Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan
adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup
manusia.Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan
ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah
boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.
Di samping itu juga, dengan mencipta projek ‘Smart Watering Plant’ , ia tidak akan mengakibatkan tumbuhan atau tanaman rosak. Dalam penghasilan dan penambahbaikan projek ini juga tidak bercanggah dengan syariat , peraturan dan etika Islam. Malah projek ini memudahkan lagi pengguna, lagi-lagi pengguna yang kesibukan dan tiada masa untuk menyiram tumbuhan atau tanaman.
Ø
Pelaksanaan
Prinsip Etika inovasi
§
Melakukan
eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat.
Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang
mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna.
Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi untuk
profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.
Seterusnya, sebelum kami melakukan projek ini, kami telah membuat
penyelidikan dan kajian mengenai projek ini supaya ia tidak mengesani kehidupan
ekosistem manusia, flora dan fauna. Projek ‘Smart Watering Plant’ ini
juga tidak akan mencetuskan huru – hara atau kedamaian sesama masyarakat. Malah
ia akan menambah baik lagi kehidupan manusia, flora dan fauna. Dengan ini, umat
islam dapat hidup dengan aman damai
tanpa pergaduhan sesama manusia atau masyarakat yang berbeza agama.
§
Penghasilan
dan penggunaan teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan rawatan
-Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia perubatan bagi
tujuan merawat, memulih atau mengubati bagi tujuan menyelamatkan nyawa.
-Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel, teknologi
genetik melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi memberikan kesempurnaan
atau mengembalikan fungsi.
-Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan untuk mengembalikan
fungsi dan menyelamatkan nyawa
.Hal ini kerana, projek ini dicipta untuk memberikan kesuburan kepada tumbuhan atau tanaman dengan memberi air yang secukupnya. Dengan kesuburan itu, tanaman dan tumbuhan dapat membesar dan mengeluarkan sumber makanan dan ubat-ubatan untuk merawat penyakit malah dapat menyelamatkan nyawa manusia.
Kaedah Fiqh Inovasi
-Kaedah fiqh ialah koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi
menyelesaikan isu-isu tertentu
-Peranan Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan ialah dengan
membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk
menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu teknologi dan kejuruteraan.
Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera
mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk diselesaikan. Isu-isu dalam sains,
teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini bagi
menjadikan operasi dalam penyelidikan mendapat rahmat dan berkat ilahi.
Dari segi konsep asas Kaedah Fiqh yang bertepatan dengan Sains Teknologi
dan kejuruteraan ialah kesukaran
menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan. Masaqqah atau kesukaran atau
kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa
keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.
Kesukaran-kesukaran ini pasti akan barlaku dalam melaksanakan kewajipan
di dunia sehingga menimbulkan kemudaratan bagi terlaksananya kewajipan
tersebut.
Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman Allah
swt dalam surah al-Baqarah: ayat 185
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ
فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Dan ia tidak
menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara
agama
Seterusnya, berkaitan dengan projek ‘Smart Watering Plant’, sebelum kami
mendapat idea untuk membuat projek ini, kami menyelidik terlebih dahulu sesuatu
benda yang dapat memudahkan manusia serta alam sekitar. Projek ini dicipta
untuk menjimatkan masa dan tenaga manusia dalam menyiram pokok. Hal ini juga
disebabkan masalah kesibukkan manusia untuk menyiram pokok malah mengabaikan
tumbuhan tersebut hingga pupus. Apabila kepupusan tumbuhan dan tanaman berlaku
maka sumber makanan dan ubat-ubatan akan semakin berkurangan, manusia dan
haiwan akan kelaparan , ekonomi negara akan jatuh dan berlakunya pergaduhan dan
huru-hara sesama manusia. Jadi, terbuktilah projek ini dapat memberi kemudahan
dan keringanan serta menyelamatkan nyawa dan perpaduan sesuatu kaum.
Comments
Post a Comment